Rabu, 21 Ogos 2013

Sumbangan Syawal 2013

Atas sokongan padu yang tidak pernah putus, untuk Aidilfitri tahun ini kita berjaya mengumpulkan dana berjumlah hampir RM2,400, jumlah terbesar setakat ini yang pernah kami kumpulkan. Kesemua sumbangan ini telah diagihkan kepada Persatuan Kebajikan Rumah Amal Al-Aziz Malaysia, Rawang dan Rumah Kasih Sayang, Rawang dalam bentuk wang tunai, duit raya, hamper serta kuih raya.


Semuanya ini adalah dari sumbangan anda...


Bagi pihak penerima, kami rakamkan berbanyak-banyak penghargaan, hanya Allah yang mampu membalasnya. Semoga amalan diterimaNya dan seterusnya memurahkan lagi rezeki supaya kita terus dapat memberi kepada yang lebih memerlukannya di masa akan datang.Terima kasih dan syabas semua!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan