Rabu, 2 Julai 2014

Promosi Raya!




Assalamu-alaikum wbt & Salam Sejahtera

Seperti tahun lalu, bersempena dengan Syawal yang bakal menyusul, dana akan dikumpul untuk diserahkan kepada Rumah Kebajikan Khidmat Baitul Mahabbah (Rumah Kasih Sayang) Bandar Tasik Puteri, Rawang. Maklumat rumah ini boleh dirujuk di sini http://rumahkasihsayang.com/v2/.

Untuk itu,  blog Beli Dan Beri sedang melakukan 'Promosi Raya' di mana dengan setiap pembelian mana-mana 1 CD/VCD/Kaset akan menerima 1 CD/VCD/Kaset PERCUMA pilihan sendiri daripada senarai stok yang tersedia. Promosi ini akan tamat pada 31 Ogos 2014.

Sila rujuk halaman 'Senarai Stok' bagi melihat CD/VCD/Kaset yang masih ada untuk dimiliki. Untuk info lengkap mengenai CD/VCD/Kaset berkaitan bolehlah melayari blog kami dan pilih CD/VCD/Kaset yang masih berstatus 'In Stock'.

Dengan setiap pembelian, 1/3 harga jualan akan disumbangkan kepada mereka yang memerlukan. Harga yang dinyatakan termasuk dengan kos penghantaran.

Kami ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas sokongan, keprihatinan dan sumbangan anda. Moga mendapat keredhaanNya.