Rabu, 17 Julai 2013

Promosi Aidilfitri




Assalamu-alaikum wbt & Salam Sejahtera

Bagi mengumpul dana untuk diserahkan kepada Persatuan Kebajikan Rumah Amal Al-Aziz Malaysia, Rawang bagi persediaan mereka menyambut lebaran, blog Beli Dan Beri sedang melakukan 'Promosi Aidilfitri' di mana dengan setiap pembelian mana-mana 2 CD/VCD/Kaset akan menerima 1 CD/VCD/Kaset PERCUMA pilihan sendiri daripada senarai stok yang tersedia. Promosi ini akan tamat pada 31 Ogos 2013.

Sila rujuk halaman 'Senarai Stok' bagi melihat CD/VCD/Kaset yang masih ada untuk dimiliki. Untuk info lengkap mengenai CD/VCD/Kaset berkaitan bolehlah melayari blog kami dan pilih CD/VCD/Kaset yang masih berstatus 'In Stock'.

Seperti biasa, dengan setiap pembelian, 1/3 harga jualan akan disumbangkan kepada mereka yang memerlukan. Harga yang dinyatakan termasuk dengan kos penghantaran.

Kami ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas sokongan, keprihatinan dan sumbangan anda. Moga mendapat keredhaanNya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan