Khamis, 9 Januari 2014

Sumbangan Untuk Sesi Persekolahan 2014

Lanjutan daripada usaha kali pertama pada tahun lalu dan sambutan yang memberangsangkan yang diterima, kami sekali lagi menyalurkan sumbangan 'kembali ke sekolah' kepada para penghuni Persatuan Kebajikan Rumah Amal Al-Aziz Malaysia, Rawang. Sumbangan berbentuk buku tulis serta wang tunai sebanyak RM1,000 telah diserahkan pada 29 Disember 2013.

Buku-buku keperluan untuk sekolah rendah (plastik oren) dan juga menengah (plastik kuning) yang berjaya diberi untuk kali ini.

Bagi pihak rumah amal berkenaan, kami merakamkan penghargaan yang tidak terhinggan di atas keprihatinan anda untuk turut sama beramal. Semoga sumbangan ini mampu melancarkan lagi proses pembelajaran mereka untuk sesi persekolahan 2014.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan