Khamis, 17 Januari 2013

Sumbangan 'Kembali Ke Sekolah'

Alhamdulillah, hasil sumbangan daripada pelbagai pihak termasuklah penyokong blog ini, kutipan berjumlah hampir RM1,200 dalam pelbagai bentuk (duit, beg sekolah, alat tulis & buku) telah berjaya dikumpul. Bersempena dengan musim persekolahan 2013 yang telah tiba, maka sumbangan kali ini lebih kepada menyediakan keperluan untuk 'Kembali Ke Sekolah'. 

Semua sumbangan ini telah diserahkan kepada Persatuan Kebajikan Rumah Amal Al-Aziz Malaysia, Rawang pada 29 Disember 2012. Berikut adalah sumbangan kita untuk mereka...

16 set alat tulis yang terdiri daripada bekas pensil lengkap dengan kelengkapannya dan juga set pensil warna.

16 buah beg sekolah pelbagai rekabentuk untuk lelaki dan juga perempuan.

Bahan bacaan ringan pelbagai tajuk (hampir 70 buah).

Terima kasih kepada semua pihak atas sokongan yang tidak pernah putus. Semoga usaha ini dapat melancarkan lagi proses persekolahan mereka. Harapan kami agar kerjasama ini akan berterusan dan insya-Allah mendapat balasan sewajarnya daripadaNya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan