Ahad, 15 Julai 2012

Sumbangan kepada Surau Seroja Apartment

Hasil daripada jualan/belian CD dan derma ikhlas anda semua, sumbangan kali ini kami salurkan kepada Surau Seroja Apartment, Bandar Putra Perdana. Surau ini baru sahaja beroperasi tahun ini dan memerlukan banyak bantuan bagi melengkapkan lagi kemudahan serta melancarkan lagi aktiviti surau. Sehubungan dengan itu, sumbangan berupa sejadah, langsir dan kipas berdiri bernilai lebih kurang RM300 telah diberi kepada surau berkenaan.

Keadaan sebelum... ruang solat Surau Seroja Apartment...

Alhmadulillah... keadaan selepas... ruang solat Surau Seroja Apartment...

Semoga dengan sumbangan kita semua yang tidak seberapa ini mampu menyempurnakan lagi usaha beribadah jemaah Surau Seroja Apartment. Terima kasih kami rakamkan kepada sokongan anda yang tidak pernah jemu untuk beramal. Hanya Allah yang mampu menilainya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan