Ahad, 16 Oktober 2011

Sumbangan Raya kepada Rumah Kasih Sayang

Bagi meraikan Aidilfitri 1423 Hijrah/2011 Masihi, kami telah salurkan sumbangan daripada penyokong-penyokong blog ini kepada penghuni-penghuni Rumah Kasih Sayang (RKS), Bandar Tasik Puteri, Rawang. Sumbangan keseluruhan yang berjumlah RM500 telah disampaikan kepada wakil RKS pada 10 September 2011. Antara sumbangan yang diberi adalah 2 buah hamper, beg cenderahati Raya yang diisi dengan duit raya, kad raya dan manisan untuk adik-adik penghuni RKS serta wang tunai kepada pihak pengurusan RKS.

Beg cenderahati Raya...
Antara sumbangan yang berjaya kita himpunkan...


Semoga dengan sumbangan yang tidak seberapa ini akan menambah ceriakan lagi Lebaran yang dirai. Untuk semua, terima kasih atas sumbangan yang dihulurkan dan mejadi harapan kami semoga sokongan ini dapat diteruskan untuk masa mendatang bagi membantu mereka yang lebih memerlukan. Hanya Allah sahaja dapat membalasnya... TERIMA KASIH!



Gambar kenangan daripada penghuni RKS...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan