Alhamdulillah, berkat sokongan serta atas usaha anda, sumbangan seterusnya berbentuk wang tunai berjumlah RM200 telah berjaya disalurkan kepada Markaz Tarbiyyah Islamiyyah Darul Bayan, Terengganu. Organisasi ini merupakan sebuah institusi pendidikan berasaskan Islam untuk semua peringkat pendidikan.
Berikut dilampirkan bukti saluran sumbangan melalui CIMB Clicks yang telah dilakukan. Untuk maklumat lanjut mengenai Markaz ini bolehlah layari http://www.darulbayan.org/.
Moga hasil kerjasama, sokongan dan derma ikhlas anda semua mendapat berkat dariNya. Teruslah menyokong kami....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan